Total Pageviews

Monday, 27 October 2014

Apakah itu Cloud

Cloud_Computing.png (400×362)
Cloud computing merujuk kepada tersedianya semua sumber daya komputasi melalui media internet.
Sebuah komputer atau peranti mudah alih yang terhubung ke jaringan cloud computing (komputasi awan) akan memiliki semua data dan program pada hosting yang akan terhubung setiap saat serta di manapun dengan pengguna.
Ertinya, pengguna cloud computing dapat berhubung dengan data dan program yang mereka miliki asal memiliki sambungan internet. Anda dapat mengakses program yang sama sebagai aplikasi layanan web yang dapat diakses melalui web browser.
Jadi, setiap pengguna dapat mengakses dan menyimpan data mereka pada server cloud computing.

Apakah itu e-mel


e-mel / e-mail
E-mail merupakan singkatan dari Elektronic Mail yang bererti surat menyurat dalam Internet. E-mail banyak digunakan kerana mudah dikirim dan cepat sampai tujuan. E-mail tidak memerlukan kertas, surat yang dihantar akan sampai ke penerima walaupun jarak penerima mencapai ribuan kilometer, tanpa batasan ruang dan waktu.

E-mail merupakan salah satu fasiliti dari Internet yang paling sering digunakan dan paling popular. Setidaknya setiap orang yang mengakses Internet, mereka pasti tidak lupa memeriksa kotak masuk (inbox) dalam e-mailnya.

Pencarian Maklumat

Apakah Itu Mencari Maklumat

Mencari maklumat bermaksud mencari maklumat yang dikehendaki dalam sebarang sumber yang sesuai. Ini termasuk kemahiran perpustakaan seperti menggunakan katalog dan sistem Dewey untuk mengesan buku dan bahan bukan buku yang dikehendaki dari rak buku dengan cepat.


Maklumat terdapat di dalam beberapa jenis dan daripada beberapa punca. Maklumat terdapat di dalam bentuk cetakan seperti buku rujukan, ensiklopedia, laporan tahunan dan sebagainya. Maklumat dari media cetakan yang selalu dirujuk untuk menyediakan laporan atau tugasan ialah buku rujukan, ensiklopedia, laporan tahunan, abstrak, gazetteer dan almanak.

Setelah sumber maklumat yang dikehendaki dapat dikesan, kemahiran yang seterusnya ialah cara menggunakan bahagian-bahagian buku dan bahan seperti daftar isi kandungan dan indeks untuk mengesan perkara yang berkenaan. Penggunaan bahan rujukan khusus yang lain seperti ensiklopedia, atlas serta alat teknologi maklumat yang moden seperti sistem maklumat berkomputer juga penting. Untuk bahan bukan buku, alat-alat teknologi yang lain seperti perakam suara atau perakam video diperlukan untuk memainkan pita audio atau pita video masing-masing.

Kadang-kadang, kemahiran mendapatkan maklumat dari luar perpustakaan atau luar sekolah juga diperlukan. Ini termasuk menjalankan tinjauan, temuduga atau kajian luar untuk mendapatkan maklumat yang khusus.

Enjin Pencarian


Terdapat lebih dari 200 enjin pencarian yang boleh digunakan untuk mencari maklumat di dalam Internet. Apabila kita ingin memulakan pencarian di WWW, kita mesti terlebih dahulu mengetahui beberapa jenis kaedah pencarian dan merancang dua proses yang penting iaitu mencari enjin pencarian (search engine) yang bersesuaian dan merancang pencarian supaya tapak web yang paling menepati keperluan maklumat muncul pertama sekali dalam senarai hasil pencarian.


Strategi & Teknik Pencarian Maklumat


Teknik mengemukakan pencarian maklumat melalui enjin pencarian juga amat penting diketahui bagi memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Kebiasaannya kita mencari maklumat dengan hanya memasukkan katakunci atau frasa sahaja! Sebenarnya kita juga boleh menggunakan kaedah ‘Boolean’ dalam pencarian tersebut. Kebanyakan enjin pencarian menggunakan kaedah ini tetapi ada juga yang boleh menggunakan simbol yang berbeza. Contohnya adalah Alta Vista yang menggunakan juga tanda + bagi AND dan - bagi NOT. Apakah sebenarnya kaedah ‘Boolean’? ‘Boolean’ bermaksud menghadkan atau mengabungkan skop pencarian dengan mengunakan perkataan yang dikenali sebagai ‘Boolean operators’ iaitu 'AND, OR dan NOT'. 'AND, OR and NOT’ berfungsi menhubungkan antara satu katakunci dengan yang lain manakala ‘AND and NOT’ boleh mengecilkan skop pencarian manakala OR boleh meluaskan skop pencarian. Jika kita memasukkan perkataan ‘internet searching skills’, enjin pencarian akan menganggap kita mencari maklumat bagi ‘Internet OR searching OR skills’. Maklumat mengenai salah satu dari tiap perkataan itu yang terdapat dimana-mana tapak Web akan disenaraikan. Jika kita ingin mendapatkan semua maklumat pula kita harus menggunakan AND iaitu ‘Internet AND searching AND skills’. Enjinpencarian akan hanya mencari tapak web yang mengabungkan ketiga-tiga perkataan yang dicari. Perlu diingatkan bahawa kita mestilah menggunakan huruf kecil bagi menaipkan katakunci melainkan kita ingin mencari nama khas (proper names). Kita juga boleh menggunakan simbol & (ampersand) bagi menggantikan AND.


Selain dari itu kita juga boleh menggunakan tanda ‘quotation’ bagi frasa (phrase) yang mana enjin pencarian akan hanya mencari frasa tersebut. Terdapat beberapa enjin pencarian yang memberikan lebih banyak kemudahan menghad/meluaskan atau menapis pencarian. Alta Vista contohnya memberipilihan mengecilkan pencarian dengan menghadkan tapak Web mengikut jangkamasa tarikh yang tertentu sahaja ataupun mengkelas-kan katakunci mengikut hireki dengan menggunakan simbol (…..) (parenthesis). Beberapa enjin pencarian lain seperti Lycos menggunakan tanda $ bagi pencarian ‘wildcard’ iaitu mencari apa sahaja perkataan mengikut sesuatu katakunci, contohnya ‘comp$’ akan menghasilkan perkataan seperti ‘computer’, ‘computing’ dan lain-lain lagi.